Monday

Azam berazam

Dah hari kedua tahun baru.
Bila masuk tahun baru orang mesti tanya: Apa azam awak tahun ni?
Mine...
Hurm.
Kena fikir.
Sincerely, I never had a new year's resolution.
I always want to become a better person at times when I realize how bad myself is.
My resolution every time would be to be a better person.
Orang yang lebih baik di mata Tuhanku Allah yang satu, ibu bapa, keluarga, kawan kawan dan masyarakat.
But my mom said we need to have something in mind at least.
Untuk jadi hamba Allah yang lebih baik, jadi solat kena la jaga, tak mau ada tinggal solat lagi. Saya nak cuba sedaya upaya khusyuk solat. Dan jangan lupa doa dan zikir, istighfar banyak banyak. Jangan buat perkara dilarang. Tinggalkan perkara tak baik. Kena jaga aurat. Banyakkan bersedekah. Banyak lagi la.
Kalau nak balik dengan Tuhan kena jaga hubungan dengan manusia jugak. Jadi tahun baru ni tak mau cari gaduh dengan orang lagi. Kena banyakkan sabar. No matter how bad I feel the others treat me, kena tahan and jangan cepat sangat naik angin. Bila buat salah kena cepat cepat minta maaf. Kena terus terang tapi cakap kena berlapik. I have to remind myself not to curse anymore. 
As for myself, kena jaga kesihatan rohani jasmani. Belajar sungguh sungguh. Semoga tak leka sangat dengan perkara perkara lagha ni. Dan bekerja keras untuk projek tahun akhir untuk grad!
Tapi aktiviti jalan jalan cari makan musim baru tetap akan ada. Jangan risau. Hehe.
Perasan la pulak aku ni.. Hos tak berbayar. Hahahaha.
Cuma, pesan emakku, kena baca surah Al-Quraisy sebelum makan, untuk elakkan diri dari termakan benda benda halus atau sihir yang orang nak kenakan pada kita. Yelah, kita tak tau apa apa pun boleh jadi. Lagi lagi kat Indonesia nun macam macam benda ada kan.
Lagi satu, kena menghalang diri dari membeli alat solek lagi. Bukan selalu pakai pun. Beg alat solek je dah memberatkan luggage. Mekap je dah 2 kg. Hoho.
Mungkin tak perlu beli baju baju yang bukan jadi keperluan lagi. (Eh boleh ke ni?)
Lagipun memang kena simpan duit. Semester akhir adalah yang paling kena sedia banyak duit. Macam macam boleh jadi. Sama ada untuk projek atau kuliah. OK. Jadi sekarang kena bezakan keperluan dengan kehendak.
Tapi saya nak jugak sambung jalan jalan cari makan. Spend duit untuk makanan takpe, mak tak marah. Hahahahahahahahahaha!
(Astaga, gelak macam apa, haih, cannot, cannot...)
Tapi badan kena jaga juga. Ye badan saya ni tak pernah nye nak turun, makin naik dan mengembang ada la kot. Huhu. Agak agak boleh tak nak berolahraga lepas ni? (Konon, wek :P .)
Alah, nanti dah kerja dapat gaji ribu-riban boleh pegi SlimWorld ke KeepSlim ke Marie France Bodyline ke London Weight Management ke apa ke kan. Ye dak? Hohoho.
Selamat menunaikan azam anda tak kira lah apa benda pun ia. Yang baik baik aje tau, yang tak baik tinggalkan. Hehe.
Bye peeps. 
 

0 comments:

Post a Comment